Pernah Dengar tentang Wasiat?
So, apakah yang disebut sebagai WASIAT ni?
πΎπ¨πΊπ°π¨π»
Wasiat adalah pengakuan seseorang yang dibuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk digunakan bagi tujuan kebajikan atau apa-apa tujuan yang dibenarkan oleh Undang-undang Islam, selepas kematiannya.
Kalau anda nak tahu, aset orang Islam yang meninggal dunia tanpa membuat Wasiat akan diagihkan kepada waris-waris mengikut Faraid iaitu Undang-undang Pewarisan Islam.
Namun, perlu kita ketahui, faraid tersebut tidak akan berlaku secara automatik.
Ramai yang menyangka, "alah.. nanti aku mati, pandai-pandailah waris aku keluarkan harta aku and bahagi-bahagi. Aku dah sediakan harta untuk dorang, so tinggal faraid je lah". Walau bagaimana pun, ramai yang tersilap sangka. Yup, faraid tetap akan berlaku, tapi bukan automatik.
Habistu kalau bukan auto macam mana?
Ya, di sinilah yang kita panggil wasiat. Wasiat ini adalah salah satu instrumen dalam pengurusan harta pusaka, bukan itu sahaja, tetapi ia adalah instrumen PALING PENTING dalam mentadbirkan dan menguruskan harta selepas kita mati kelak.
Apa yang penting sangat tu ye?
Dengan membuat wasiat, kita dapat melantik WASI (executor) atau orang yang akan bertanggungjawab mencairkan harta kita, menguruskan dan mengagihkan harta yang telah menjadi pusaka untuk orang yang hidup.
Tak boleh ke tak buat wasiat?
Boleh, tapi proses untuk mencairkan harta pusaka kita nanti akan mengambil masa yang saaaangat lama. sekurang-kurangnya 3-5 tahun. Anda boleh jamin waris anda sempat merasa hasil titik peluh anda yang ditinggalkan untuk mereka? Palind merisaukan jika sepanjang tempoh menguruskan pusaka tu nanti dan belum sempat waris dapat, jika ada waris yang meninggal, maka jatuh hak tersebut kepada waris kepada waris si mati pula. Sudaaah jadi berlapis-lapis.
Habistu kalau lantik wasi dan buat wasiat ni, senang ke keje?
Yup, betul. Paling cepat boleh diuruskan dalam masa 5-12 bulan sahaja.
Diriwayatkan daripada Abdullah Bin Umar : Rasulullah S.A.W bersabda:
"Bukanlah seorang Muslim yang sebenar yang mempunyai harta untuk diwasiatkan untuk tidur dua malam kecuali wasiatnya sudah tertulis dan disimpan di bawah kepala"




Comments
Post a Comment